[VIDEO] “Solat For Billy, Your Brother Okay?,” – Bila Anak Sulung Lana Nodin Belajar Solat, Sentuh Hati Netizen

Share

Beberapa hari lalu, pelakon Lana Nodin menarik nafas lega serta merakam rasa syukur apabila anak keduanya yang sinonim dipanggil Billy, akhirnya selamat menjalani pembedahan selepas mengalami masalah pada bahagian injap jantungnya.

Berkat doa dan atas izinNya, bayi lelaki itu sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, satu posting video menerusi Instagram Lana menyentuh hati netizen apabila anak sulungnya, Gia Quinn sedang belajar solat sambil ditemani dan diajar si ibu.

“Solat for Billy okay…Your brother okay,” kata Lana sambil diiyakan anaknya.

Menerusi beberapa potong video itu, turut dikongsikan ialah bacaan al-Fatihah dari Gia yang diajar Lana.

Lalu, rata-rata netizen merakamkan rasa terharu dan syukur selain turut mendoakan kesejahteraan anak pelakon tersebut.

Foto: Instagram Lana Nodin

IKLAN