Uncategorized

[VIDEO] Si Suami Kerap Buat Kejutan Untuk Isteri, Pasangan Instafamous Ini Dilabel Sweet Couple

Share

Pasangan Instafamous, Mikhail Isaaq dan isteri, Hajar Hanif antara pasangan media sosial yang sering mendapat perhatian ramai.

Mikhail atau mesra dengan panggilan Mizi sering membuat kejutan kepada isteri dengan memberi hadiah istimewa.

Misalnya seperti menghadiahkan si isteri kereta, peralatan solek dan macam-macam lagi.

Memiliki 140,000 pengikut di Instagram, Mizi turut berkongsi momen terindah di media sosialnya itu.

Susulan itu, netizen mulai berasa gembira dan tumpang bahagia melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.

Pada masa sama, mereka juga turut melakukan reviu dalam talian.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.

Foto/ Video : Instagram Mizi Saaq

IKLAN