Belum pun sampai 24 jam klip video single terkini berjudul Pipiyama dari Shiha Zikir dilancarkan, namun ada netizen yang seakan terkejut apabila babak seorang model lelaki separuh bogel yang sedang memakai baju ditayangkan.
Babak teaser selama beberapa saat itu menjadi kecoh dan diperkatakan sehinggalah versi penuhnya dilancarkan di YouTube.
Ia secara langsung memberi reaksi pelbagai netizen. Malah, ada mempertikaikan tindakan bintang itu yang dikatakan cuma mengeksploitasi tubuh lelaki dalam klip video tebarunya itu.
Bagaimanapun, Shiha meminta agar peminat bertenang sebelum membuat pelbagai spekulasi.
“Sudahkah anda melihat muzik video Pipiyama? Rasanya ia hanya akan dilancarkan jam 8 malam tadi, jadi bagaimana anda membuat telahan bahawa muzik video itu mengeksploitasi tubuh lelaki dalam keadaan separa bogel sebelum ia dilancarkan?
“Saya mohon peminat dan umum menonton dulu muzik video itu sebelum membuat sebarang andaian,” pohon Shiha.
Jelasnya lagi, babak yang dimuat naik pada awal klip video sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian.
Ads
Bahkan, ia dirasakan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu hasilan komposer dan penulis lirik dari Seberang, Atra Petrana itu.
“Lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras yang kacak. Sementara lelaki yang berkahwin atau berstatus duda pula, mungkin penampilan mereka kurang segak tetapi banyak wang, mungkin?
Ads
“Bagi saya ini adalah satu persepsi yang normal,” kongsi Shiha lagi yang tidak menolak andai dijodohkan dengan duda asalkan bukan suami orang.
Terdahulu, Shiha turut mencipta nama di Indonesia sejurus diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program D’Academy Asia, lebih tiga tahun lalu.
Sehingga kini, single genre dangdutnya itu telah pun mendapat hampir 5,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Shiha Zikir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dato’ Dr Nourul Iman atau Boy Iman baru-baru ini telah memuat naik gambar kad pelajarnya.
Bagaimanapun, gambar tersebut dihujani persoalan netizen apabila Boy Iman menutup logo institusi pengajiannya dan nama pangkat Dato’ digunakan dalam kad pelajar yang sepatutnya ditulis formal.
Lebih memeranjatkan, apabila kad pelajar itu tertera perkataan ‘Master Eksekutif 2019 ‘ dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.
“Dapat student card membuatkan saya rasa macam satu “semangat” yang “luarbiasa” pada diri saya.
“Ini juga salah satu “azam di tahun 2019”. Doakan saya habis belajar ya walaupun saya agak sibuk dengan komitmen2 yang sedia ada.
“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. Imam Ghazali
Lalu, gambar tersebut menerima pelbagai teka-teki dari netizen. Antaranya,
Malah, ada juga yang mulai keliru apabila kad pelajar tersebut tertera jurusan Master, sedangkan tahun lalu Boy Iman mengumumkan dia sudah tamat pengajian dalam PhD awal tahun lalu.
Foto : Instagram Boy Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyambut hari kelahirannya setiap 22 November. Nama anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-2.
Namun, jika diimbas kembali, Siti Nordiana merupakan antara penyanyi remaja yang popular sekitar lewat tahun 90-an.
MH bawakan 10 fakta menarik mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini.
Nana memulakan kariernya menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika usianya baru 15 tahun. Memiliki suara yang lunak serta rupa paras yang cantik, tidak hairanlah Nana berjaya untuk menghasilkan lima buah album solo.
2. Duo Achik & Nana
Selain bergelar penyanyi solo, Nanaturut popular menerusi gandingan duetnya bersama penyanyi, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin. Mereka terlebih dahulu mengenali antara satu sama lain ketika zaman remaja di Negeri Sembilan. Kemudian, mereka sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai. Antara lagu duet mereka yang masih popular sehingga kini ialah seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih
3. Karier lakonan
Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Nana turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Nana telah muncul dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi. Pada 2016, Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar misalnya turut mendapat tempat di hati peminat.
4. Alam Perkahwinan
Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
5. Imej Berhijab
Pada tahun 2011, Nana mengumumkan akan mengenakan hijab secara kekal. Pengumuman tersebut dibuat pada bulan Ramadhan. Menurut Nana, niatnya terdetik untuk memakai tudung selepas banyak membaca buku mengenai perihal Islam.
6. Berniaga Pasar Malam
Sebelum mendapat peluang kedua bergelar penyanyi, Nana pernah melalui fasa kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya. Nana yang berputus asa dengan karier nyaniannya akhirnya memutuskan untuk berniaga di pasar malam.
7. Juara Gegar Vaganza
Gegar Vaganza musim ke-2 telah menjadi titik tolak permulaan semula karier Nana dalam bidang nyanyian. Nana telah dinobatkan sebagai juara menumpaskan peserta lain seperti Farah Dhiya, Ezad Lazim dan Nassier Wahab. Selepas itu, Nana berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.
8. Perniagaan
Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan pada tahun 2016. Selepas sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana juga pernah tampil dengan koleksi gincu yang diberi nama SND.
9. Buku
Tahun lalu Nana telah melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Life Goes On. Buku tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Life Goes On menceritakan tentang perjalanan hidup Nana sepanjang bergelar anak seni.
10. Top Top MeleTop AME2019
Namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila dijulang sebagai pemenang kategori utama, Artis Top Top MeleTop Wanita di Anugerah MeleTop 2019 (AME2019). Menyifatkan kemenangan adalah sebagai rezeki dan sokongan peminat yang tak berbelah bahagi, Nana turut memenangi kategori Hos MeleTop!
Terkini Nana makin meletop menerusi single dan drama Satukan Rasa yang turut menampilkan Khai Bahar.
Foto: Instagram Siti Nordiana, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...