Ads

[VIDEO] ‘Seriously Bazir Data Internet Aku Je’ – Netizen Kritik Suara Nazim Othman Tak Sedap

Kini semakin ramai pelakon yang dilihat sering menyanyi dengan membuat cover lagu daripada penyanyi popular dan dikongsi menerusi akaun media sosial masing-masing.

Pelakon cantik, Fatin Afeefa merupakan salah seorang pelakon yang sering berkongsi video nyanyiannya.

Baru-baru ini, MH ada terlihat sebuah video cover lagu Di Matamu yang dinyanyikan semula oleh Fatin bersama pelakon popular, Nazim Othman.

Ok jom MH share dengan korang video nyanyian mereka membuat cover lagu Di Matamu daripada Sufian Suhaimi.

Ads

Bagi MH nyanyian daripada kedua-dua selebriti ini tidak kurang hebatnya namun setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Mata MH mula meninjau ruang komen pada video ini dan MH dapati ada segelintir netizen yang mengkritik suara Nazim dan merasakan bahawa penyanyi tersebut tidak boleh menyanyi.

Ads

[VIDEO] ‘Seriously Bazir Data Internet Aku Je’ – Netizen Kritik Suara Nazim Othman Tak Sedap

Namun begitu, Fatin juga turut meninggalkan komen dan berkata dia menghargai setiap komen yang diberikan tidak kira komen yang baik atau kurang baik.

Ads

Katanya lagi, mereka hanya menyanyi secara suka-suka sahaja dan dia juga meminta untuk semua peminat terus menyokong dirinya dan Nazim.

[VIDEO] ‘Seriously Bazir Data Internet Aku Je’ – Netizen Kritik Suara Nazim Othman Tak Sedap

Sumber: Youtube Fatin Afeefa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

John Cena Rasmi Bersara, Tamatkan Kerjaya Lebih Dua Dekad Dalam WWE

Legenda gusti profesional dunia, John Cena, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada arena gusti selepas menamatkan perlawanan terakhir dalam kerjayanya pada 13 Disember 2025. Perlawanan tersebut...
error: Hello. Cannot.