[VIDEO] “Senyum Lebar Mummy Ya,”- Rakam Momen Indah UltraSound, Instafamous, Hafiz Mahamad Bakal Pegang Status Bapa. Tahniah!

Share

Sebelum tahun 2018 menutup tirainya, instafamous Hafiz Mahamad telah berkongsi video di akaun Instgramnya.

Momen indah tersebut dirakam Hafiz ketika dia berjumpa doktor pakar bagi melakukan pemeriksaan ultrasound atas kehamilan isterinya, Syafiqah Aaina.

“Assalamualaikum mummy, senyum lebar mummy,” tulisnya. 

Kedua-dua pasangan itu kelihatan sangat gembira dan berasa teruja akan kehadiran ‘ahli baru’ tidak lama lagi.

Menjengah di Instgaram Syafiqah pula, dia ada memuat naik sekeping gambar dan meluahkan rasa syukur menerusi kapsyennya itu.

“Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang 

Semoga yang baik baik kalian doakan, semoga Allah permudahkan jalan, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga Allah sentiasa lindungi & pelihara Aina dan baby dan semoga Allah jauhkan dari yang bukan bukan dan semoga doa baik kalian dibalas dengan beribu ribu kebaikan..  

Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan). Ambil la kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas.” tulisnya panjang lebar.

Tahniah dari MH buat Hafiz dan isteri!

IKLAN