[VIDEO] Sempena Hari Jadi Betty Rahmad, Elyana & Sherry Nyanyi Lagu Happy Birthday Versi Melodi Tamil!

Share

Pelakon Betty Rahmad baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya.

Tidaklah begitu meriah, namun kawan-kawan disekeliling sentiasa ada untuk mengingati tarikh yang cukup bermakna baginya.

Mana tidaknya, Elyana dan Sherry Ibrahim yang juga kenalan rapat Betty, turut sama meraikan hari jadi buat ibu kepada Ardy Wira itu.

Thank you @sherryibrahim & @elyanaofficial for my belated birthday dinner last! Sweet sangat dua orang ni❤️ May Allah bless u two with good health, rezeki & all the happiness in the world. Sayang korang,” tulis Betty. 

Video yang dimuat naik Betty itu melihatkan Elyana dan Sherry menyanyikan lagu ‘happy birthday’ dalam melodi tamil.

Sekali gus, ia telah mencuit hati netizen lalu memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi tiga sekawan itu.

Meski sambutan hari jadi itu disambut secara kecil-kecilan, namun ia amat bermakna dalam sebuah persahabatan. Tak gitu?

Video : IG Betty Rahmad

IKLAN