Uncategorized

[VIDEO] Selepas Kereta Mewah, Aeril Zafrel Buat Kejutan Hadiahi Rumah Baru Untuk Wawa Zainal Pula, Rezeki Makin Murah!

Share

Pasangan suami isteri yang sering melakukan kejutan, Aeril Zafrel dan isteri tercinta Wawa Zainal pastinya mendapat perhatian ramai.

Pada Jun lalu, Aeril pernah melakukan kejutan buat Wawa apabila memberikan kereta jenis Mercedes sebagai hadiah harijadi.

Kini, Aeril sekali lagi membuat kejutan kepada Wawa dengan menghadiahkan sebuah rumah mewah yang berkonsepkan moden.

“Setelah 6 tahun, ini lah rumah pertama kita orang, setahun sahaja rumah kami buat renovation, susah senang sentiasa bersama,” kata Wawa teruja.

Video yang dimuat naik Wawa itu, telah mendapat hampir ratusan ribu tontonan apabila Aeril memberi kejutan buat Wawa dan anak-anaknya.

Lalu, netizen turut gembira di atas kejayaan dan usaha Aeril dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal selamanya.

Terdahulu, Wawa Zainal telah memberi kejutan buat suaminya dengan menghadiahi Aeril sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam

Video : Instagram Wawa Zainal/ Aeril Zafrel

IKLAN