Persembahan mantap, pasangan adik beradik, Heliza dan Hazwani Helmi untuk persembahan minggu ke-3 Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) Sabtu lalu masih menjadi percakapan.

Bukan sahaja persembahan yang mantap malah membuatkan orang ramai mula memandang lagu Jampi yang dinyanyikan mereka pada malam itu dari sisi yang lain.

Malah, penyanyi asal lagu tersebut, Hael Husaini turut memberikan rasa kagumnya terhadap persembahan Heliza dan Hazwani menerusi laman Instagram miliknya.

“Kagum!,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menarik peminat Hael untuk menonton persembahan pasangan adik beradik tersebut dan memberikan pujian.

Rata-rata mereka mengakui bahawa ‘meremang’ bulu roma saat melihatkan persembahan tersebut yang ternyata memang sungguh ‘deep’.

IKLAN

[VIDEO] Sedap Betul Jampi Versi Heliza & Hazwani, Sampai Tuan Punya Lagu Puji!

[VIDEO] Sedap Betul Jampi Versi Heliza & Hazwani, Sampai Tuan Punya Lagu Puji!

 

IKLAN

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk bertanyakan mengenai ‘aurat perempuan’ untuk program dakwah seperti itu.

[VIDEO] Sedap Betul Jampi Versi Heliza & Hazwani, Sampai Tuan Punya Lagu Puji!

[VIDEO] Sedap Betul Jampi Versi Heliza & Hazwani, Sampai Tuan Punya Lagu Puji!

IKLAN

MH sendiri berada di dewan tersebut dan sempat menyaksikan persembahan Heliza dan Hazwani secara ‘live’. Memang meremang dibuatnya!

sumber: IG Hael & Youtube

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI