[VIDEO] Sebak..Menitis Air Mata Alif Satar Pabila Penghuni Tirai Besi Mengalunkan Takbir Raya

Share

Takbir raya kini sudah bergema merdu di angkasa.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi, Alif Satar ada berkongsi video yang melihatkan dia terkesan dengan takbir raya yang dialunkan beberapa orang banduan dari Penjara Sungai Buloh.

“Semoga kita bertemu ramadhan lagi.. 😞alif kongsi takbir raya bersama ‘banduan akhir’ on my youtube channel,” tulisnya.

Video tersebut melihatkan salah seorang banduan mengalunkan takbir raya dengan penuh syahdu.

Lalu, ia telah menimbulkan rasa sebak dalam diri Alif dan mulai menitiskan air mata.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik Alif satu jam lalu.

Video : IG Alif Satar

IKLAN