[VIDEO] “Sapa Kuat Mengusik Macam Saya?,”- Zara Zya ‘Syok’ Sakat Orang Melatah, Terhibur Sungguh!

Share

Menerusi entri terkini pelakon Zara Zya, bintang itu ada memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia telah berkongsi rakaman video ketika dia mengusik dan menyakat rakan pelakon, Syazwan Zulkifly dan beberapa rakannya yang melatah.

“Sapa kuat mengusik macam saya @ellerahman69 @syazwanzulkifly @puterikhareeza @jalenar_e_j_a_b,” tulisnya.

Lantas, perkongsian yang dikongsi oleh bintang drama bersiri Pia itu telah menjadi perhatian peminat.

Malah, peminat turut berasa terhibur melihat gelagat Zara yang bersahaja mengusik orang yang melatah.

Ada-ada sahaja gelagat Zara yang menghiburkan. Tak kering gusi dibuatnya!

Video : Instagram Zara Zya

IKLAN