Menerusi entri terkini pelakon Zara Zya, bintang itu ada memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia telah berkongsi rakaman video ketika dia mengusik dan menyakat rakan pelakon, Syazwan Zulkifly dan beberapa rakannya yang melatah.
“Sapa kuat mengusik macam saya @ellerahman69 @syazwanzulkifly @puterikhareeza @jalenar_e_j_a_b,” tulisnya.
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada memuat naik sekeping foto yang dirakam bersama adik-beradiknya yang lain.
Foto tersebut dirakam sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kerjasama mereka, Kekasih baru-baru ini.
Menerusi ruangan kapsyen, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla ada meluahkan pendapat dan nasihat perihal pertalian hubungan adik-beradik dalam ahli keluarga.
Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, hubungan dia bersama adik beradik sangat akrab malah akan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Kami 4 beradik setuju utk share KEKASIH dalam satu masa apa yg buat KEKASIH dipermudahkan adalah, mungkin hubungan kami adik beradik “lain macam” sikit..
“hang bgi adik beradik aku sakit,hang mampoih dgn aku..atau hang bgi sakit aku,depa ada backup aku kat belakang..terlalu banyak keberkatan dalam hubungan adik beradik yg bersatu..
“org luaq tak selalu ada dgn kita time kita jatuh susah,tp adik beradik tetap ada kiri kanan kita.pandang muka mak ayah kita kalau hampa nk bepecah belah atau begaduh.
“tak kesian ka kat depa susah payah besaqkan kita semua rezeki allah terlalu lalu luassss… insyaallah kita sama2 share rezeki ok? @kekasih_hq,” tulisnya panjang lebar.
Perkongsian menerusi Instagram abang ipar kepada Che Puan Juliana Evans, Tengku Salehuddin Ismail Shah ada memaklumkan nama permata hati kepada bintang berkenaan dan suami, iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin Shah.
Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung pelakon Kami The Movie itu.
“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.
Tiada kata dapat menggambarkan kekejaman tentera Zionist Israel menentang rakyat Palestin.
Terbaru, Heliza Helmi menerusi Instagram berkongsi sebuah video tragis bagaimana tentera ini membaling gas memedih mata ketika umat Islam sedang menunaikan solat di bawah khemah.
Keadaan menjadi kacau bilau sehingga menyebabkan sebilangan jemaah terpaksa melarikan diri daripada saf, namun imam tetap meneruskan bacaan sehingga gas menerjah seluruh kawasan.
“Lihatlah sendiri bagaimana KEKEJAMAN tentera ZIONIST israel menyerang rakyat Palestin yang hanya sedang solat dikawasan sourbaher selatan Juruselam
“Moga Allah selamatkan saudara kita di sana, Aamiin Ya Rabb.
“Sumbangan dibuat ke akaun MAPIM : Maybank ( Dana Mapim ) 562834636620 Atau www.tabunggaza.com Facebook : MAPIM : Malaysian Consultative Council of Islamic Organization HOTLINE MAPIM : 1300-888-038,” kongsinya.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.