[VIDEO] Raja Ilya Terkejut, Rakam Objek Macam Bola Api Di Langit Ketika Penerbangan Malam

Share

Pelakon dan model, Raja Ilya ada berkongsi satu video misteri lama yang dirakamkan lalu dikongsikan menerusi Instagram buat tatapan para pengikutnya.

Menurut Ilya, objek berupa seakan-akan belola api itu tidak pernah dilihatnya sepanjang menjadi kru kabin selama lima tahun sebelum ini.

Jelasnya lagi, objek tersebut yang turut disedari penumpang lain dirakam ketika mengikuti penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Kuala Lumpur sejurus tamat penggambaran drama lakonannya, Syurgaku Tak Sempurna.

“Ape tu ? What is that ? Unsolved puzzle. Till today I still can’t believe, 5yrs fly jadi cabin crew x pernah nampak benda Macam ni.

“This happened flight malam dari kk balik KL lepas habis shoot #syurgakutaksempurna . APAKAH ITU?,” tulis Ilya.

Lalu, muat naik tersebut mendapat perhatian lalu masing-masing memberikan pandangan sendiri menerusi ruangan kapsyen.

Foto: Instagram Raja Ilya.

IKLAN