[VIDEO] “Power Sungguh Arrian!,”- Dapat Setengah Juta Views Di IG, Anak Tomok Hafal Sampai Habis Lagu Baru Tomok

Share

Kecomelan anak sulung penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid sentiasa mendapat perhatian ramai dek kepetahannya berkata-kata dan cemerlang dalam bidang akademik.

Baru-baru ini, Tomok telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi Arrian menyanyikan lagu terbarunya berjudul Bekas Kekasih.

Dalam video tersebut, Arrian sedang menyanyi dengan penuh pengahayatan sambil memetik gitar yang dibimbing oleh Tomok.

Lalu, netizen amat teruja dan kagum melihat kanak-kanak berusia enam tahun itu menghafal lagu baru ayahnya itu. 

Untuk rekod, lagu Bekas Kekasih telah mendapat lebih satu juta tontonan di Youtube yang mengetengahkan unsur dakwah melibatkan isu LGBT.

Video : Instagram Tomok

IKLAN