[VIDEO] “Perlu Kekuatan, Peluklah Isteri,”- Ajak Shiro Kongsi Tips Buat Para Suami, Siap Ajak Isteri Menari Lagu Misha Omar!

Share

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro telah berkongsi tips untuk mengukuhkan hubungan cinta dalam rumah tangga.

Ajak juga ada memuat naik sepotong video di Instagram yang memaparkan aksinya dan isteri sedang menari mesra.

“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..x caye try peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak.

Video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan yang melihatkan gelagat Shiro menari bersama isterinya sambil menyanyikan lagu Misha Omar berjudul Sampai Bila.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Jad Thaqif, 8 tahun, Mohd Had Thaqif, 5 tahun dan Nada Soffea, 3 tahun.

Alahai, comel sungguh cara Ajak melayan isterinya, kan?

Video : Instagram Ajak Shiro

IKLAN