Aduh tak tahu nak cakap apa. MH sendiri menjerit bila menonton video Mat Redho, Juara Fear Factor Malaysia terjun dari ketinggian yang tinggi bersama anak kecilnya.

Lebih mengerikan, anak kecil itu hanya diikat dengan tali keselamatan sambil didukungnya.

Perghhh memang kecut perut dibuatnya!

IKLAN

Bagaimanapun tindakannya ini telah mengundang banyak komen negatif dan kritikan orang ramai.

Ada yang berkata perkara seperti ini membahayakan nyawa kanak-kanak dan ada juga menyentuh tentang keselamatan kerana anaknya tidak memakai sebarang helmet ketika melakukan terjunan.

[VIDEO] Pergh, Kecut Perut Tengok Mat Redho Buat ‘Rope-Swing’ Dengan Anak Kecil! [VIDEO] Pergh, Kecut Perut Tengok Mat Redho Buat ‘Rope-Swing’ Dengan Anak Kecil! [VIDEO] Pergh, Kecut Perut Tengok Mat Redho Buat ‘Rope-Swing’ Dengan Anak Kecil!

IKLAN

Namun begitu, melalui akaun Instagram, Mat Redho memberitahu sebenarnya terjunan itu diminta oleh anaknya sendiri dan tiada istilah paksa memaksa.

“After my first jump with drama buat2 kene tolak.. 2nd jump terpaksa jump sebab anak request nak jump pula,” tulisnya di ruangan kapsyen

Malah, Mat Redho turut memberitahu anaknya itu sangat menyukai terjunan itu dan minta untuk kali kedua.

IKLAN

Bukan itu sahaja, bapa kepada kanak-kanak berani, Mecca ini menjelaskan anaknya sebenarnya mengenakan tali keselamatan dan khidmat yang digunakannya ini merupakan salah satu penganjur yang diyakini.

Dalam masa yang sama, Mat Redho turut mengajak ibu bapa lain untuk turut rasai pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI