[VIDEO] Penakut Teruk! Netizen Terhibur Bila Fazura Ketakutan Masuk Rumah Hantu, Hinggakan…

Pelakon, Fazura memuat naik video di memasuki satu rumah hantu semasa berada di Los Angeles (LA), semalam.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi Fazura yang ketakutan saat berdepan dengan ‘hantu-hantu’ tersebut.

“Always knew I was the bravest one. (NOT!!!) #HalloweenHorrorNight #FazbulousInLA,” tulisnya.

Di ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan keletah Fazura itu, malah ada juga yang mengatakan mereka akan bersikap sama seperti pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu apabila memasuki rumah hantu.

IKLAN

Dalam pada itu, ada juga yang memuji sikap Fazura yang tidak sewenang-wenangnya memeluk sesiapa walaupun sedang ketakutan.

IKLAN

Alahai, sesiapa yang berada di tempat Fazura pun mesti ketakutan kan? Apa-apapun, memang luculah reaksi Fazura. Kalau Fattah ada di sebelah mesti lagi berani kan?

Foto/Instagram: Fazura