[VIDEO] “Pemalu Orangnya,”- Gelagat Allahyarham Muhammad Adib Potong Kek Malu-Malu Kucing Yang Kini Viral, Jentik Rasa Sebak Ramai…

Share

Pemergian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohad Kassim pastinya meninggalkan kesan buat rakyat Malaysia teruama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Menerusi sumber dari Facebook Azizul Asri yang merupakan sahabat arwah, Azizul ada berkongsikan momen indah saat suka dan gembira mereka bersama.

“Al Fatihah Tenang lah kau di Sana Sahabat Muhammad Adib semua kenangan kita saya akan simpan sampai bila bila, Semua orang terasa atas pemergian Mu Semua Tanya Pasal Kau Semua Orang Post Pasal kau Semoga kau di tempatkan dalam kalangan Orang Beriman Sahabat , Siapa Yang Tak sakit Hati bila kita pergi Menyelamat Tapi? Allahu,” tulis Asri disertakan dengan gambar kenagan bersama arwah. 

Lebih menjentik rasa sayu dan hiba, apabila Azizul ada berkongsi video arwah sedang memotong kek sempena hari jadinya.

Lantas, video tersebut turut mengundag rasa sebak netizen melihat arwah seakan-akan malu kucing untuk memotong kek harijadinya itu.

Ketika ini, difahamkan jenazah sudah tiba di kampung halaman, Kedah dan akan dikebumikan selepas Zohor.

Foto: Facebook Azizul Asri

IKLAN