Pelawak yang bakal bersaing menerusi Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke memaklumkan dirinya akan berkahwin lagi pada 31 Disember depan. Lalu, dia memberitahu dan mengajak rakan-rakan untuk hadir di majlis yang bakal dilangsungkan.
Tauke ada berkongsi video mengenainya menerusi di Instagram, sehari lalu bersama isterinya ketika berada dalam kereta.
“Assalamualaikum, di sini gua nak maklumkan kepada semua sahabat, bahawa gua akan berkahwin lagi pada 31 Disember. Jadi kepada sesiapa yang mengenali dijemput hadir.
IKLAN
“Cuma tahun dengan calonnya tak ada,” seloroh Tauke apabila isterinya secara tiba-tiba muncul daripada bahagian belakang kereta.
“Salam geng..bergurau dgn bini ni seronok..coma jgn terlebih sudah ..makan pelempang tangan kidal bini.apapun mintak sahabat2 doakan bini wa selamat bersalin ya..dia dah kat spital toq.. semoga Allah SWT permudahkan segala urusan….,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
IKLAN
Rata-rata netizen terhibur dengan seloroh Tauke pada isteri selain mendoakan agar isterinya selamat bersalin.
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Ternampak (rakan artis terkena) dan saya pun pernah merasai juga.” Demikian kata penyanyi yang bakal bersaing menerusi Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Azharina Azhar apabila ditanya mengenai gangguan mistik yang pernah dialaminya sebelum ini.
Azharina mendedahkan, situasi tersebut berlaku sehari sebelum berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza 3 lebih tujuh tahun lalu.
Bintang asal Sabah itu mengakui, dia mengalami muntah darah selain segumpal rambut tiba-tiba keluar dari mulutnya.
“Saya tak pernah kongsikan mengenai perkara ini di mana-mana. Jadi saya cakap jujur sajalah.
“Sebenarnya waktu konsert akhir GV3 keesokan harinya, pada malam itu selepas pulang daripada sesi latihan penuh, saya muntah darah.
“Satu gumpal rambut keluar melalui mulut, ketika itu saya di hotel. Doktor dan isterinya selain pekerja saya sebagai saksi.
“Mereka menyaksikan ‘adegan Ju On’ yang saya sendiri tidak percaya wujud di dunia. Kemudian pada jam 3 pagi doktor datang sampai berikan drip sebab saya batuk keluar darah dan juga rambut.
“Saya ingat Ju On hanya ada dalam filem rupa-rupanya di dunia nyata juga wujud. Saya tak pernah nampak cuma saya mengalaminya, rambut keluar daripada mulut. Bila tanya puncanya, doktor pun tak boleh nak jawab,” katanya.
Azharina ditemui selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang bintang All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Azharina bagaimanapun bersyukur atas rezeki yang diraihnya pada ketika itu apabila berjaya muncul Juara GV3.
“Saya pasti semua orang akan rasa takut kalau berdepan dengan situasi sedemikian. Namun saya percaya dengan bakat yang ada, mahu cari rezeki halal membesarkan anak-anak saya.
“Saya juga ibu tunggal, sudah menjanda 17 tahun dan saya sendiri cari duit jaga keluarga dan anak-anak. Jadi harus kuat untuk semua yang berada di sekeliling saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu selain Azharina (GV3), program All Stars Gegar Vaganza bakal menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Program ini juga ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Peguam mewakili penyanyi, Baby Shima, Azfar Azmi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kehadiran anak guamnya itu di sebuah kelab malam di Johor Bahru baru-baru ini adalah untuk melakukan kerja-kerja terkutuk dan tidak bermoral.
Jelas Azfar, tuduhan tersebut sememangnya melampau dan boleh menjejaskan imej Baby Shima sebagai anak seni.
“Shima memandang serious tuduhan demi tuduhan yang melampau, tidak berasas dan berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap Baby Shima melalui pelbagai peranti media sosial sedia ada.
“Sedangkan Shima datang hanya untuk membuat persembahan sahaja. Bukan seperti apa yang difitnah (melayan customer, dikelilingi customer!),” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan menerusi laman Instagram terkini penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu.
Katanya lagi, anak guamnya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang telah melemparkan tuduhan tidak berasas tersebut.
“Poster telah pun dipromosikan dan dikongsikan berkali kali di sosial media Shima sebelum persembahan dijalankan.
“Rujukan kepada peguam Shima, tindakannya serta laporan terhadap SKMM akan menyusul. Sekian, harap maklum,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat malah, ada juga yang mencadangkan Sha untuk meneruskan sahaja proses saman tersebut.
“Akhir zaman ni banyak yang suka memfitnah. Sibuk hal orang. Sibuk dengam tingkatkan ekonomi diri dan keluarga kan lebih baik.
“Habislah nama-nama yang dah terpampang dekat situ. Jawabnya jumpa di mahkamah sahajalah.
“Kasi saman betul-betul. Bagi pengajaran sikit. Nak sangat jadi haters. Tak suka sekali pun, jangan sampai memfitnah.
“Saman sahajalah. Kesian kena fitnah. Diorang tak tahu kot kerja sebagai penyanyi ni luas.
“Habislah yang kena tag tu. Cari jangan tak cari. Panas dah tu. Taip sesuka hati ke? Tak fikir guna otak dan akal,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru, tular sepotong video yang memaparkan Baby Shima sedang membuat persembahan dan sakan bergelek di sebuah kelab malam.
Video tersebut kemudiannya tersebar diseluruh platform media sosial dan mengundang perspektif bercampur baur daripada masyatakat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon veteran, Jalil Hamid menjelaskan dia mengalami penurunan berat badan kira-kira 30 kilogram (Kg) selepas mengalami masalah jantung selain hilang selera makan sejak setahun...