Video tersebut kini mendapat hampir satu juta tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Anta Permana itu malam tadi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Tok Ti kini sedang sibuk menjalani kelas vokal bersempena konsert Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta,Indonesia dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Video: Instagram ctdk
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aduhai, tidak putus-putus netizen yang memberi reaksi terhadap persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu edisi ke-33 lalu menerusi Di Matamu.
Meski empunya badan sudah pun memberikan reaksi terhadap metafora yang dipersembahkan dalam lagu berkenaan ketika bertanding di AJL, namun masih ada yang ‘mata tajam’ cuba cari makna dari sisi yang lain pula.
Terkini, kelopak bunga yang terpecah lalu dikatakan beterbangan sebagai duit menerusi paparan LCD saat Pian membuat persembahan pula menjadi buah mulut ramai.
Tidak mahu ada pihak yang terus membuat spekulasi yang tidak benar, Pian bersama team persembahanya telah memberikan penjelasan. Malah video tersebut turut dikongsikan Pian di Instagram.
“Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates. Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.
“Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team.
Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Syukri Aliff Syukri ada berkongsi sepotong video pendek perihal kunjungannya ke sebuah butik terkemuka.
Kisahnya, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada mengisi masa di butik mewah, Versace bagi mencari dan memilih beg tangan sebagai suatu bingkisan hadiah buat isteri tersayang, Datin Seri Nur Shahida Rashid.
Meski tidak kisah mengenai rekaan dan jenama, Aliff bagaimanapun cuba memilih hanya yang terbaik buat isteri, sebagaimana yang dikatakannya menerusi video ini;
“Confius.. tolong pilihkan… warna mana paling lawa utk .. sy beli utk wife sy?? nak buat suprise walapun dia x suka saya sukaa..
“Saya nak belikan 2 beg jee.. tpi 3 beg ni lawa smuaa disebbkan wife sy jenis x kesah sy amat suka kalau dia nampak class jadi beg kena class sesuai dgn saya.. biasanya saya belikan 3bulan 2beg,” tulisnya di ruangan komen.
Yang penting, menerusi perbualannya bersama pekerja butik turut tertumpu kepada harga bagi seunit big yang dipilih, hingga ada yang mencecah sekitar RM14,300!
Berkongsi berita gembira menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, YM Che Puan Sarimah Ibrahim mengumumkan sedang hamil empat bulan.
“Alhamdulillah…so this was the most amazing surprise we were given at the end of last year. Just as we were abiut to go on a family holiday…we found out we were about to become a little family ourselves!!
“Yes we are expecting!!! It has been so hard to keep it a secret until now..to all the clients and work partners i have had to cancel on the last few months…now you know the reason for it,” luahnya menyatakan keterujaan.
Menurut Sarimah, dia tidak dapat mempercayai keajaiban yang berlaku memandangkan usianya telah menjangkau 41 tahun.
“What a huge blessing from Allah, at last our doas have been answered..with a wonderful gift from heaven. We are now almost 4 months pregnant…
“I can’t believe I’m going to be first time mum at the age of 41 (this year)!!!
“Alhamdulillah for this miracle…sayang and i are so grateful and happy…please doakan yang terbaik untuk kami ye..and our princess or prince to be.
“There will be more updates to come from us in time…as for now..we are feeling soooo ecxited and i am so overwhelmed and nervous at the same time…there is so much to prepare for now. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sarimah Ibrahim mendirikan rumahtangga dengan Tunku Jamie pada 2 April 2015. Tunku Jamie atauTunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.
MH mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Foto – Instagram Sarimah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.