[VIDEO] MV Raya Jamal Abdillah, Ramai Yang Tak Perasan Lelaki Berbaju Merah Itu Rupa Ahli Politik Tika Remaja!

Share

Pejam celik, pejam celik, Ramadan tahun ini sudah sampai ke penghujungnya.

Jadi, tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, lagu raya kini sudah kedengaran di corong-corong radio; baik lagu klasik hinggalah lagu moden masa kini.

Berbicara megenai lagu raya, jangan tidak tahu bahawa Datuk Jamal Abdillah juga mempunyai lagu raya sendiri berjudul Salam Aidilfitri.

Menerusi muzik video (MV) yang dirakamkan pada tahun 80-an itu memaparkan suasana hari raya bersama keluarga dan sanak saudara di sebuah desa.

Mungkin ramai yang tidak perasan kelibat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang segak dan muda berpakaian baju Melayu berwarna merah dalam MV berkenaan.

Turut kelihatan ahli keluarga Azmin termasuk ibunya Arwahyarhamah Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.

Menerusi komen di Youtube, netizen teruja melihat ‘kemunculan’ Azmin yang berkebolehan berlakon dan mewarnai MV yang ditonton lebih 2 juta tontonan.

Difahamkan, MV berkenaan dirakam, Azwan Ali yang juga adik kepada Azmin, lalu membawa Jamal ke set pengambaran program raya di rumahnya.

Video : Youtube

IKLAN