[VIDEO] “Muka Tahan Angin,”- Pertama Kali Naiki Roller Coaster, Ini Reaksi Comel Yusuf Iskandar!

Share

Anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar sering mendapat perhatian ramai.

Mana tidak, telatah dan gaya comel kanak-kanak berusia dua tahun itu pastinya membuatkan ramai geram dengannya.

Menerusi perkongsian Hairul di akaun Instagramnya baru-baru ini, ada memaparkan aksi Hanis dan Yusuf gembira menaiki roller coaster.

“@theyusufiskandar first time naik roller coaster.. that’s my boy,’ tulis Hairul .

Lalu, netizen terhibur dengan ekspresi wajah comel Yusuf itu.

Dalam perkembangan lain, Hanis kini sedang hamil anak kedua.

Wah! Tak lama lagi Yusuf bakal bergelar abang, tahniah!

Video : Instagram Hairul Azreen

IKLAN