Pengacara Nana Mahazan mengakui dia terkejut dan tak sangka namanya ‘tersangkut’ dalam senarai Top20 bagi kategori Artis Fesyen MeleTOP.
Menerusi kategori berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata ini bersaing dengan nama-nama besar dalam dunia hiburan tempatan seperti Neelofa, Scha Alyahya, Fazura dan ramai lagi.
Rasa terkejut itu turut dikongsikan Nana menerusi Instagram.
“Semalam..kelakar sebenarnya masa Meletop jemput kata kakak tercalon utk Top20 AME19 tapi tak bgtau utk kategori apa.. So kakak assume utk kategori hos lah kot ye.. tp smlm tgk senarai nama hos tiada ye.
“Kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak..’??? ok berangan.. hahaha.. sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so mmg lah kakak tertinggal 10 tiang ?? but hey, Top20 pun ok kan..? .
.
Kalau kategori hos meletop pun mmg tahu jua akan lagi tertinggal bertiang2, sebab Top20 dia mmg semua power.. but ingat sebab tu keje kakak kan.. kakak cuba lagi next year.. hehehe…,” tulisnya.
Pada masa sama, Nana turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MeleTop atas pencalonannya bagi kategori berkenaan.
“Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment n tersenarai Top20 utk kategori Fesyen Meletop.. Alhamdulillah, kakak bersyukur.. This is my first AME pun.. so yeay! .
Congrats to the rest yg nominated utk kategori masing2…,” kongsi Nana.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Nana memberitahu dia bersyukur meski dirinya sudah lama terlibat dalam pengacaraan.
“Itulah penat saya datang hari ini sebab ingatkan tercalon bagi kategori pengacara. Tapi akhirnya nama ‘sangkut’ untuk kategori fesyen. Tapi tak mengapalah sebab nama saya sebaris dengan Neelofa. Jadi saya onz sahajalah.
“Apa pun, saya turut mengharapkan peminat buka mata atau sedar dengan kehadiran saya dalam dunia pengacaraan memandangkan sudah telibat lebih 15 tahun dalam bidang tersebut.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam ada berkongsi video yang melihatkan pembantu rumahnya, Siti Maryam membaca surah Al-Fatihah.
Menariknya, Maryam baru sahaja memeluk Islam awal bulan ini dan dia berjaya menghafal ayat suci Al-Quran itu.
“Alhamdulillah Syukur Ya Allah,SubahanaAllah…Maha Besar Allah,,,”Allah SWT Memberi Merry @ Siti Maryam Daya Ingatan Yg Begitu Tajam,Dan Lidah Yg Lembut Alhamdulillah Utk Membaca Dan Mengingati Dan MengHafal Ayat ayat Al-Quran…
“It’s only 4 days,She can read and Hafal Al-Fatihah..
“InsyaAllah Perlahan lahan,Slowly It’s ok…Allah Knows..Lepas Ni InsyaAllah Saya Akan Ajar Dia Ayatul Qursi,” tulis Rebecca.
Lalu, video tersebut telah menarik perhatian ramai yang melihat kesungguhan mualaf berasal dari Filipina itu untuk lebih mendalami ilmu agama Islam.
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan Instagram Rebecca, pastinya dia tidak kekok mendidik Maryam seperti mengambil air wudhu, memakai telekong dengan tepat dan sebagainya.
Video : IG Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.