Sebut sahaja pasangan ‘teman tapi mesra’ antara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, pastinya akan terbayang kemesraan mereka berdua.
Baru-baru ini, Nadzmi ada merakam video bersama Ardell di dalam kereta sambil menyanyikan lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip.
“Jangan laa masam masam muka @ardellaryana meh aku nyanyi untuk kau, sakit telinga pun dengar jelaa.
“Muka masam sangat tu, nak siapkan baju clientkan, memang laa penat sikit,” tulis Nadzmi.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Bagaimanapun, Ardell telah meninggalkan komen terhadap perkongsian video tersebut.
Sementara itu, netizen terhibur dengan gelagat Ardell yang seakan tidak memberikan respon kepada Adhwa.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 1000,000 tontonan.
Video: Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āKeluarga Kecil Kami Semakin Bertambah,ā – āBaby Bumpā 5 Bulan Terlihat, Nina Nadira Umum Hamil Anak Kedua
Pelakon dan penyanyi, Nina Nadira menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina atau nama lengkapnya Nina Nadira Naharuddin menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Kongsinya lagi, kandungannya itu kini sudah pun mencecah usia lima bulan.
“Keluarga kecil kami semakin bertambah. Lima bulan,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri yang sama, bekas peserta Akademi Fantasia 2014 ini turut berkongsi foto ‘baby bump’ ketika sedang bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Nina sewaktu hamil dan bersalin nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, tahniah Nina dan suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Alhamdulillah, congrats dear. Please take care ya. Jangan lupa pakai pelitup muka ketika di luar.
“Happy for you guys.
“Lily akan jadi kakak ye.
Tahniah dan semoga selamat semuanya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 29 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nina Lilyanna.
Sepanjang bergelar penyanyi, Nina telah pun mengeluarkan beberapa buah single seperti Si Cantik Aku, Misteri dan Permaisuri.
Malah, Nina juga pernah membintangi drama-drama tempatan seperti Red Velvet, Isteri Vs Tunang dan Kerana Aku Isteri Bidaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nina Nadira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose
Baru-baru ini, pelakon meningkat naik, Sharifah Rose dilaporkan telah menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara skil lakonannya di dalam drama, Kekasih Hati Mr. Boduguard yang dikatakan agak kaku.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pengarah, Nizam Zakaria telah tampil mempertahankan pemilihan pelakonnya itu yang kini semakin dipertikaikan ramai pihak
Jelas Nizam, bukan mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan jadual pengambaran yang sangat padat.
“Anyways, nak jadi pelakon bukannya senang. Nak menghafal skrip berjela-jela lepas satu scene ke satu scene sampai 15-20 scene sehari.
“Nak menghayati watak. Nak melakonkan watak. Semua ini perlu ada kemahuan dalam diri untuk belajar dan terus belajar. Dan bukan semua orang boleh jadi pelakon. Semua ni bergantung kepada rezeki masing-masing,” tulisnya.
Katanya lagi, para pelakon baru hendaklah diberikan ruang dan peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka agar industri seni tempatan tidak ketandusan bakat-bakat baru.
Malah, dia juga percaya segalanya turut bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
“Ada orang cita-cita sejak kecik nak jadi doktor, tapi mungkin bukan ketentuan dia nak jadi doktor walaupun belajar bagai nak rak dan dapat semua A. Semua ni dah tertulis sejak azali kan. Nak percaya atau tak, itu hak masing-masing.
“Dan satu lagi, kita perlukan pelakon-pelakon pelapis. Bukan nak cakap apa, saya dah lebih sedekad jadi pengarah. Ramai kot pelakon-pelakon hebat sekarang yang bermula dari saya. Mula-mula memang lah lakonan mereka nampak kekok. Tapi lama-lama jadi bagus jugak akhirnya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Niezam turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Sharifah Rose untuk bergelar seorang pelakon
‘Semuanya berkat kesungguhan masing-masing. Yang saya suka tentang Rose adalah kesungguhan dan kemahuannya untuk menjadi pelakon. And more importantly, she’s intelligent.
“And that’s good enough for me because I’m an intellectual snob. I think most of you already figured this one out long time ago,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Nizam selain turut menasihatinya untuk tidak mempedulikan sega komen-komen negatif.
Sumber: Instagram Nizam Zakaria
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āDalam Kepala Fikir Anak Je Sekarang,ā – Shima Anuar Positif Covid-19, Anak Masih Tunggu Keputusan
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar ada berkongsi khabar duka bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang filem Highland Tower ini memaklumkan, dirinya telah disahkan positif Covid-19, pada Ahad.
Sementara suaminya Mohd Solih Toha tidak dijangkiti wabak penyakit berkenaan.
Dalam pada itu, Shima memaklumkan dua orang anaknya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan masih menanti keputusan ujian saringan.
“Salam everyone.This really breaks my heart.
I tak ada close contact dgn siapa2 yg kena Covid. Buat swab test sebab hari jumaat baru ni tiba2 rasa susah nak nafas and sakit kepala. Bgtau my husband, he said maybe sbb i tak makan lagi, n maybe sebab perut masuk angin.
“So after dah makan everything dah ok la. But i cakap dgn my husband i nak buat jugak swab test just for precaution sebab kes makin hari makin banyak. It can be anywhere.
“So hari sabtu (9/1/2021) pegi test. Ahad pagi (10/1/2021) dapat result ni. My husband pulak pergi test semalam (10/1/2021). His result negative this morning. Only me positive now.
“Tak tau nak describe this feeling macam mana. Dalam kepala fikir anak je sekarang ni. Diorang semua dah pegi test pagi tadi. Hopefully my kids all safe from covid. Doakan kami.
“Siapa yg ada jumpa i last week meeting dengan i tu, minta sama2 buat swab test juga ok? Now i tengah tunggu KKM to call me. Tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah and tak keluar pun.
“@laksambys akan tetap berjalan seperti biasa. My sister akan tolong cover for me. Anything boleh je DM @laksambys ok?,” tulisnya.
MH mendoakan agar Shima kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Foto: Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI