Ads

[VIDEO] Memey Suhaiza Akui Teruja Suami Layan Permintaan Sejak Mengandungkan Mikayla

Pelakon, Memey Suhaiza semalam berkongsi satu video di mana suaminya yang juga seorang pelakon, Norman Hakim sedang ‘berkebun’ bersama anak-anak mereka.

Katanya, sejak mengandungkan anak ketiga mereka, dia sangat sukakan bunga serta mempunyai keinginan untuk mempunyai kebun bunga di rumahnya.

“Saya excited sebab nak jumpa abah dan adik-beradik yang lain tapi sebelum tu layan 3 hero bertuah ni.

“Penangan Mikayla, dari mengandung sampailah baby dah keluar, teruja sangat dengan bunga, macam-macam jenis tiap-tiap bulan beli bunga dan pasu.

“Sikit pun saya tak cuit bab bunga, semua suami dan @Awisharisz jaga, sihat segar-bugar semua.

“Alhamdulillah, thank you suami @normanhakim dengan ucapan ‘cukup dah sebab ruang dah penuh’.

“Siapa kat sini yang suka bercucuk tanam bunga boleh geng dengan @normanhakim,” tulisnya. di Instagram.

Alahai, comelnya MH lihat anak-beranak itu bercucuk tanam. Malah kedua-dua anak lelaki Memey dan Norman begitu bersungguh membantu ayah mereka.

Ads

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan respon positif terhadap video tersebut.

[VIDEO] Memey Suhaiza Akui Teruja Suami Layan Permintaan Sejak Mengandungkan Mikayla

Ads

[VIDEO] Memey Suhaiza Akui Teruja Suami Layan Permintaan Sejak Mengandungkan Mikayla

Ads

[VIDEO] Memey Suhaiza Akui Teruja Suami Layan Permintaan Sejak Mengandungkan Mikayla

Menerusi video yang dimuat naik, mesti ada yang teringin nak ada taman mini di rumah masing-masing kan?

Foto: Instagram Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.