[VIDEO] “Macam Nangka Busuk…,”- Gara-Gara Mahu Promosi Bekung, Tapi Lain Pula Jadinya. Apa Kes Norreen?

Share

Instafamous, Norreen pernah mencetuskan kontroversi apabila video ‘ask me question’ yang dikatakan sedikit lucah menjadi tular di media sosial bulan lalu.

Lantas, perkara tersebut telah mendapat teguran banyak pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin.

Terbaru, ibu kepada dua orang itu ada memuat naik video di akaun Instagramnya.

Video tersebut memaparkan aksinya sedang mempromosikan bekung.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila netizen mulai memberi komen negatif dan menganggap bahawa Norreen tidak sesuai untuk mempromosikan produk demikian kerana fizikalnya yang kurang sesuai.

Aduhai, tidak salah netizen menegur cara Norreen itu, tapi perlu ada caranya, tak gitu?

Video : IG Norreen

 

IKLAN