[VIDEO] “Macam Baby Bump,” – Fattah Rakam Video Fazura, Tapi Netizen Mulai Perasaan ‘Sesuatu’, Awal-Awal Ucap Tahniah!

Share

Pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Nur Fazura sering menjadi perhatian ramai. 

Setiap apa yang dilakukan pastinya menjadi bualan para peminat setia mereka.

Terbaru, Fattah telah memuat naik video isteri tercinta yang ketika itu sedang berswafoto di tepi pantai sambil diiringi lagu malar segar, Can’t Take My Eyes Off You. 

Video tersebut kini telah mendapat hampir setengah juta tontonan. 

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen perasan seperti ada ‘sesuatu’ pada bahagian perut Fazura seolah-olah sedang berbadan dua? 

Wah! Kalau betul apa yang dikatakan netizen, tahniah buat pasangan Fattzura!

Nampaknya ,ramai yang tak sabar menanti Fattzura junior kan?

Video : IG Fattah Amin 

IKLAN