Video Lelaki Tanggal Baju Mirip Hero Drama Sweet Dreams Pula Tular?

Share

Kecoh sejak pagi tadi apabila satu rakaman video pendek didakwa mirip pelakon Ben Amir mulai tular menerusi Twitter.

Menerusi rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat itu, ia secara jelas kelihatan seorang lelaki mengenakan baju-T rona kelabu beraksi di hadapan lensa lalu menganggalkan baju yang dipakai.

Pengguna Twitter yang berkongsi rakaman video berkenaan seakan-akan mengkaitkan lelaki yang tidak berbaju dalam video tersebut Ben Amir, apabila menulis kapsyen;

“Qash Adam say hi #SweetDreams.”

Lantas perkongsian invididu tersebut menjadi perhatian netizen sekaligus meraih hampir 50,000 tontonan setakat ini.

Dalam pada itu, rakaman video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebelum ini, beberapa artis lelaki tempatan turut terjerat dengan penyebaran video tidak senonoh yang didakwa mirip wajah mereka.

Published by
Nazar Rafiqhi