Nampaknya nama mekap artis Mansur makin popular gara-gara video viral melatahnya di padang sasar tersebar.

MH Online telah menghubungi make up artis tersebut dan bertanya khabarnya selepas video ‘mati ditembak’ itu menjadi bahan bualan netizen.

Katanya, dia langsung tidak tahu latah tersebut telah menjadi viral sehingga keesokkannya krew-krew bertugas memberitahu video tersebut telah dikongsi ramai hingga mencecah ribuan share.

IKLAN

“Jujur saya langsung tak tahu yang video itu menjadi viral sehinggalah krew-krew memberitahu saya yang kini latah saya menjadi perbualan ramai.

 

“Selama ni memang ada sahaja video-video yang mereka pernah rekod tapi tak pula mendapat sambutan seperti ini.

 

“Mula-mula saya memang takut jugak la, saya takut nanti mereka kata yang bukan-bukan tentang saya tetapi nasib baik kebanyakan mereka positif dan tidaklah terlalu teruk memberi komen,” jelasnya pada MH Online.

Video ‘Latah Mati Ditembak’, Mekap Artis Terkejut!

Mula melatah sejak beberapa tahun yang lalu, Mansur memberitahu video tersebut seakan membuka pintu rezeki untuknya.

IKLAN

“Allhamdulillah, walaupun ada yang memberi komen negatif kata saya buat-buat dan sebagainya tetapi saya bersyukur sejak video ini menjadi viral rezeki saya semakin bertambah-tambah.

 

“Jika sebelum ini followers saya di Instagram hanya 3 ribu tetapi setelah apa yang berlaku, kini dah mencecah 10 ribu dalam masa berapa jam sahaja. Malah ada jugak yang mula hubungi saya untuk tampil di dalam beberapa wawancara da ada juga yang mula memberi job untuk buat review pada saya,” katanya dengan cukup gembira.

Mengimbas kembali video melatah tersebut, Mansur turut sempat cuba untuk menembak dan akhirnya ‘mati’ di medan sasar, namun Mansur memberitahu semua itu adalah atas permintaannya sendiri yang ingin mencuba.

IKLAN

Apa pun Mansur mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan berkata pengalaman yang diberikan walaupun sekejap cukup bermakna buatnya.

Mengimbas kembali video melatah tersebut, Mansur turut sempat cuba untuk menembak dan akhirnya ‘mati’ di medan sasar, namun Mansur memberitahu semua itu adalah atas permintaannya sendiri yang ingin mencuba.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI