Pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan meminta pengikutnya untuk ‘membincangkan’ cara sesetengah penggemar durian yang lebih gemar mengenakan sarung tangan apabila makan raja buah itu. Kongsinya menerusi video di Instagram yang dikemas kini, pelakon Kak Mar itu turut bertanya kepada rakannya mengenai hal berkaitan.

Dalam loghat Utaranya bintang yang mesra disapa Che Ta ini berkata;

“Tapi kan pelik, setengah orang makan durian, mereka akan pakai glove (sarung tangan), kenapa? Anas (rakan), kenapa ada yang pakai glove kalau makan durian?,” sambil dijawab ‘bau’ oleh rakannya.

Lalu, Che Ta pula menjawab;

“Habis tu mulut kalau makan durian tak bau? Lain kali kalau nak pakai glove, bubuh plastik sekali dalam mulut. Lepas tu buat lubang sikit untuk bagi durian lalu. Peliklah, nak makan durian tak nak bau. Habis mulut yang dekat hidung tak bau pula?” katanya lagi.

Bagaimanapun, Che Ta faham bahawa itu adalah cara masing-masing.

IKLAN

“Tidak mengapalah, suka hati kalian. Tetapi saya nak feel juga makan durian. Sebab apa kalau esok teringat durian, boleh amil bau,” katanya sambil ketawa.

Menerusi ruangan kapsyen, Che Ta turut menulis hal lebih kurang sama.

“Pesanan khas untuk hampa hampa yang kaki makan deqeyan. Cuba bincangkan dekat bawah,” tulisnya sambil disertakan dengan tanda palang #MakanGunaSarungTanganTakFeel  #KamiMakanDeqeyanPakaiBuluMata #Letup dan #UndiCheTaUntukYBPKNK

Video yang sudah pun ditonton lebih 400,000 menerima reaksi pelbagai daripada netizen. Tidak kurang yang terhibur dengan gelagat Che Ta yang tetap ‘on point’ walaupun ketika jamah durian. Kelas Che Ta!

IKLAN

Foto/video: Instagram Rozita Che Wan

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI