Categories: Uncategorized

[Video] Kreatif! Muzik Video ‘River’ Kolaborasi Eminem Dan Ed Sheeran Dipuji

Share

Peminat-peminat Eminem pasti tahu bahawa rapper tersebut sudah memuat naik video muzik (MV) lagu kolaborasinya bersama Ed Sheeran bertajuk ‘River’ menerusi channel Youtubenya, semalam.

MH dengar lagu tu pun dah rasa best sangat inikan pula apabila dapat lihat MV tersebut. Ternyata Eminem tidak mengecewakan.

Menerusi pemerhatian MH, MV tersebut mempunyai mesej tersendiri mengenai cinta apabila di permulaan MV tersebut, Eminem diajukan soalan ‘Apakan maksud cinta bagi anda?’.

Sesuai dengan lagu tersebut yang berkisarkan mengenai individu yang curang pada pasangannya, jalan cerita MV tersebut turut berkisarkan perkara yang sama.

Cuma, MH difahamkan keseluruhan lagu dan MV tersebut berkisarkan kehidupan rapper berkenaan.

Dalam pada itu, kehadiran Ed Sheeran dalam MV tersebut turut mempunyai ceritanya yang tersendiri. Pada MH ia sememangnya menghiburkan.

Lebih istimewa, MV itu juga dimuat naik semasa 14 Februari yang mempunyai makna tersendiri sekaligus menunjukkan realiti kehidupan dalam percintaan tidaklah semuanya indah belaka.

Pada MH, ia memang hebat dan ‘deep’ kerana setiap saat mata MH memang terpaku di skrin untuk menonton MV tersebut.

IKLAN