Bukan sahaja boleh berlakon, menyanyi dan mengacara, artis serba boleh, Alif Satar mengumumkan bakal mencabar ketahanan dirinya dengan menyertai Ironman Triathlon 2018.

Lantaran itu, Alif kini giat mempersiapkan dirinya untuk menyertai cabaran tersebut meskipun sibuk dengan jadual seharian sebagai seorang artis.

Alif berkongsi video latihan kerasnya itu bersama peminat di laman Instagram miliknya

IKLAN

“Counting days for 70.3 Langkawi!! Anybody ada tips or want to collaborate for my first Ironman triathlon, contact me!! Let’s work together,

 

“I hope to inspire semua yang menonton my training diary to pursue this awesome sport and live a healthy / bad ass lifestyle, tulisnya

Tambah Alif, dia berkongsi diari latihannya itu kerana mahu menjadi inspirasi kepada semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Di ruangan komen, rata-rata peminat tidak menyangka Aliff bakal menyertai acara larian berhalangan paling sukar negara itu selain, turut menitipkan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu.

IKLAN

[VIDEO] Kongsi Video Latihan Intensiti Tinggi, Aliff Satar Bakal Sertai Ironman Triathlon 2018, Power Habis!

[VIDEO] Kongsi Video Latihan Intensiti Tinggi, Aliff Satar Bakal Sertai Ironman Triathlon 2018, Power Habis!

IKLAN

Untuk pengetahuan semua, peserta Ironman Thriathlon harus melengkapkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km diikuti pula dengan berbasikal sejauh 180 km dan akhir sekali larian marathon sejauh 42.2 km.

Wow, semoga berjaya diucapkan kepada Alif!

Video: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI