[VIDEO] Kena Rangkul & Dicium Orang Utan, Ini Reaksi ‘Pasrah’ Ruhainies. Komen Netizen Lain Macam!

Share

Percutian pelakon Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies di Thailand pastinya menjadi suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Mana tidaknya, seekor orang utan telah mencium dan memeluk erat Ruhainies apabila pelakon itu berkunjung ke sebuah sarkas Muay Thai Show, Thailand. 

Menerusi video yang dikongsikannya itu, Ruhainies dilihat mahu bersalaman dengan Orang Utan itu. 

Lantas, tangan Ruhanies ditarik haiwan berkenaan dan memeluk erat Ruhainies. 

Menerusi ruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat haiwan itu dan reaksi ‘pasrah’ Ruhainies. 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ribuan tontonan selepas dimuat naik pelakon Hello, Mr. Perfect itu. 

Video : IG Ruhainies

IKLAN