Masih ingat tak kami kata pasangan manja ini telah dijemput hadir ke Motif Viral?

Hari ini MH ada tonton video berkenaan dengan pasangan ini dalam program tersebut.

Video yang dikongsikan oleh Thinker Studio di Youtube telah mencecah sebanyak 221,207 jumlah tontonan sejak ia dimuat naik. Malah, video ini juga telah menjadi video trending ke-6 di Youtube!

Melalui bual bicara tersebut. MH di fahamkan mereka telah bersama sejak 8 bulan yang lalu.

[VIDEO] Keluar Rancangan Televisyen, Ini Kisah Sebenar Gadis Manja Lapar!

Menurut Aiman, kekasih kepada girlfriend lapar memberitahu sebenarnya memang niat mereka untuk mencari cendol sewaktu itu namun tiada rezeki cendol itu habis.

IKLAN

Pada mulanya dia hanya sekadar ingin berkongsi di instagramnya namun tidak sangka ia mendapat sambutan sehingga ada yang memperodikan cara mereka.

“Sebenarnya memang nak cari cendol masa tu, dia merengek nak cendol lepastu sampai-sampai kedai tu habis, tiada luck masa tu.

 

“Nak cakap marah tu tidak lah, tetapi pelik kenapa mereka buat (parody) macam tu,” jelasnya kepada pengacara tersebut.

Malah, pengacara tersebut turut menyentuh tentang perbezaan watak manjanya ketika di dalam video dan realiti sangat berbeza.

[VIDEO] Keluar Rancangan Televisyen, Ini Kisah Sebenar Gadis Manja Lapar!

Dengan tidak teragak gadis yang dikenali sebagai Nija terus menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya…

IKLAN

“Itu adalah secara spontan, automatik kalau kita manja tak kan lah kita nak manja suara dinosaur keluar,” jelasnya.

Berkenaan dengan isu guruh, Nija turut menjelaskan memang dia mengeluarkan kenyataan tersebut kepada wartawan akhbar tempatan tentang isu ini dan akui dari kecil ketakutan ini memang sudah ada.

Malah, Nija akui dirinya menumpang manja dengan kekasihnya kerana sudah hampir 10 tahun tidak bertemu ayahnya.

“Orang kata saya gedik, tetapi itu secara spontan saya buat. Tiada nak buat-buat manja,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun Aiman menjelaskan dia sangat terbuka menerima segala teguran yang diberikan kepada mereka serta akan memperbaiki apa yang sepatutnya di perbaiki.

IKLAN

Dalam pada itu, kedua pasangan ini sendiri keliru dan tidak tahu bagaimana kisah mereka berdua ini boleh menjadi viral.

Namun Aiman tidak menolak kemungkinan mungkin kerana isu status mereka yang masih belum bergelar suami isteri itu menyebabkan ia menjadi satu kesalahan sehingga menjadi viral.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI