[VIDEO] “KEJAM! Tak Ada Hati Perut,”- Individu Langgar Lari Kucing, Ini Yang Mas Khan Lakukan

Share

Pelakon, Mas Khan meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu bertindak kejam terhadap haiwan.

Kongsi Mas, dia bersimpati dengan nasib kucing betina itu yang sudah patah tulang kaki akibat dilanggar lari individu terbabit.

“KEJAM !!!!!!!!Aku sedih dengan manusia yang takda hati perut.. kau dah langgar kucing dan kau SEDAR tapi kau buat bodoh and lari???

“Mana hati kau weh? Takda rasa kesian lgsg ke dekat binatang? Aku faham kalau kau tak perasan tapi kau stop siap turun tingkap tengok pastu bila kau nampak aku turun moto asal kau tekan minyak lari????

“Aku betul2 kecewa dengan sikap manusia macam kau ni.. anyway, im so sorry i’ve done my part 🙏🏻 RIP baby girl ,” tulis Mas emosi.

Video tersebut melihatkan kucing berkenaan mahu cuba untuk berjalan, namun gagal kerana tulang kakinya telah patah.

Lantas, Mas membawa kucing tersebut ke klinik dan memberikan rawatan.

Bagaimanapun, kucing tompok hitam-putih itu gagal diselamatkan.

Video : IG Mas Khan

IKLAN