[VIDEO] Kaw Kaw Jihan Muse ‘Bahankan’ Tok Ram Baca Berita Fasal Durian, Tanya Mengah Nampak…

Share

Posting Jihan Muse menerusi Instagram sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila pengacara itu ada memuat naik sedutan pemuzik terkenal Datuk Ramli Ms yang menjadi panel pembaca berita menerusi segmen Komuniti Awani.

Untuk episod kali ini, suami kepada penyanyi, Alyah itu melaporkan mengenai Peminat Durian Balik Pulau lantas menjadi modal buat Jihan untuk ‘membahan’ juri Gegar Vaganza itu.

“TOK SAYA JUAL DURIAN! ADE SESAPA NAK BELI?? Mengah nampak. Banyak makan durian ke? HAHAHHAHAHAHAHAHHAA,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dilihat turut meninggalkan komen pelbagai yang kebanyakkan terhibur dengan aksi pemuzik itu dalam menyampai berita.

Video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 100,000 kali.

Foto: Instagram Jihan Muse

IKLAN