Bagai tidak putus-putus kisah sensasi melibatkan pengasas usahawan yang kini sudah bergelar penyanyi, Sajat.
Belum pun reda mengenai kisah penyanyi lagu Makhluk Penggoda dan Abang Nak Tegur ini yang bertindak membuat laporan polis berhubung suatu insiden melibatkan dirinya, kali ini Sajat naik hantu pula apabila bentuk badannya dipertikai ramai.
Katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik, dia tidak kisah kepada haters untuk melabelkan dirinya dengan apa sahaja nama.
“Tak kisah lah uols nak cakap sajat pampers ker..biar lah yer!! If haters2 tak puas hati tengok body i cantik!! Lets jumpa!! Ko bogel aku bogel!,” kata Sajat.
Ads
Pada masa sama, Sajat turut meminta segelintir pihak agar tidak lagi menyampaikan fitnah.
“Tak payah nak fitnah2 orang yer!!! Nak kata aku pakai seluar dalam tebal lah,dan macam macam lah korang yang mulut mcm puaka tu!!! So be have ok!!! Lets hempas!!!,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang dimuat naik.
Baru-baru ini, pelawak, Tauke Jambu telah dikritik hebat oleh netizen gara-gara memuat naik video isterinya selepas bersalin.
Bagaimanapun, menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Tauke, dia telah mempuat permohonan maaf secara terbuka malah mengakui kekhilafannya itu.
Menurut Tauke, ketika itu dia terlalu teruja menyambut kelahiran cahaya mata barunya sehingga tidak perasan telah merakam bahagian sensitif isterinya itu.
“Salam semua. Okay gua dah turunkan. Sori mata dah kero tak pasan sebab excited terlebih. Bnyak kunyah gula yahudi agaknya. Lagi satu geng kalau nampak ada yang post or repost video yang sama tolong gua tendangkan pungkoq dia,” tulisnya
Tambah Tauke, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur kesilapannya itu selain turut meminta supaya orang ramai memadam dan berhenti menyebarkan video isterinya itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Tauke itu yang disifatkan sebagai seorang artis boleh menerima teguran.
Bagi MH, tindakan Tauke itu wajar diberikan pujian kerana dirinya dapat menerima teguran dengan hati yang terbuka.
Diharap semua pihak diluar sana dapat menghormati permintaan Tauke itu dengan berhenti menyebarkan video aib tersebut.
Foto: Instagram Tauke Jambu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor. Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.
Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.
“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.
Terdahulu, bintang Bikin Filem itu ditemui media di set penggambaran drama web, Dua arahan Michael Ang, di Starvilion, Shah Alam.
Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Sharifah Sakinah dan Ben Amir.
Sementara itu, Scha berkongsi momen tersebut apabila edisi terbaru Dewi Remaja 2018/19 bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Malah, barisan 20 gadis bertuah yang bakal mengikuti saingan bagi merebut gelaran Juara Dewi Remaja yang terbaru sudah pun diumumkan menerusi Majalah Remaja, minggu lalu.
MH difahamkan, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal 2018 dan ada menerima beberapa keping gambar sekitar program berlangsung.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah, salah seorang peserta pasukan yang bertanding didakwa turut disertai Intan Liana Saleh, iaitu bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid.
Dikatakan juga, beberapa keping foto berkaitan program berkenaan turut dimuat naik di Instagram Intan. Namun, ia telah pun dipadamkan ibu beranak dua itu.
Menguatkan lagi andaian pesertanya ialah Intan ialah, ada beberapa individu turut posting gambar sekitar majlis sama lalu menanda akaun Instagram wanita terbabit menerusi foto yang diambil.
Khabarnya juga, Intan turut repost kembali gambar berkenaan meski ia telah dipadamkan Intan.
Sementara itu, beberapa jam yang lalu, Intan turut memuat naik kapsyen menerusi Insta Story iaitu;
“Happykan diri sendiri…,” tulisnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada entri berkenaan ada kaitan dengan foto sebelum ini atau sebaliknya.
Terdahulu, Intan sebelum ini pernah terlibat sebagai artis kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.