Sebentar tadi chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik sepotong video yang menyaksikan dirinya bersama dua anak lelaki menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di ibu kota.

Video tersebut antara lainnya turut memaparkan aksi keluarga ini yang baru sahaja selesai menunaikan solat, bersama kapsyen yang menyentuh hati netizen.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, dapat solat Jumaat dengan dua anakanda tersayang Payish dgn Piyash hari ini. Hajat di hati nak dukung dua-dua sekali. Tapi apa kan daya, saya mampu angkat sorang je.

 

“Biasanya saya akan bantu pakaikan stokin dan juga kasut anak2 walaupun masing2 dah memang boleh pakai sendiri. Saya masih ingat lagi dapat pergi solat Jumaat dengan arwah Bapak sejak saya 5 tahun lagi,” tulisnya.

Malah kata Datuk Fazley lagi kalau boleh dia sendiri tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat bersama dua anak lelakinya itu.

“Kalau boleh, tak nak lepas peluang yang sama setiap Jumaat dgn anak-anak saya juga. @payishpiyashpiyush. Masih ingat bila korang mula ke solat jumaat dengan ayah masing2?,” soalnya sambil diiringi dengan komen pelbagai di kalangan netizen. 

[VIDEO] “Kasih Seorang Ayah”, – Netizen Sebak Tonton Keakraban Datuk Fazley Yaakob, Dua Anak Lelaki

IKLAN

[VIDEO] “Kasih Seorang Ayah”, – Netizen Sebak Tonton Keakraban Datuk Fazley Yaakob, Dua Anak Lelaki

Ada yang memberikan kata syukur dan tidak kurang yang turut sebak melihat keakraban hubungan di antara mereka.

IKLAN

Foto/Video: Instagram Datuk Fazley Yaakob

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI