[VIDEO] “Kalau Mcm Ni, Hari-Hari Ngadap TV,”- Respon Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita TV, Suka Tengok!

Share

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah Datuk Seri Siti Nurhaliza turut beranikan diri, mampu juga menjadi seorang penyampai berita.

Perkara itu dikongsikan TokTi di Instagramnya.

“Bila saya membaca berita.. Harini Lupa pakai lens power .. mata dah rabun , inilah jadinya.. nasib baik rakaman.. kalaulah live jadi macam ni nayaaaaa,” tulisnya.

Video tersebut melihatkan Tokti mengenakan baju berwarna hitam dan tudung pastel dengan intonasi sebagai seorang penyampai berita.

Lalu, netizen memuji kebolehan penyanyi lagu Anta Permana ini menyampaikan berita menerusi Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir satu juta tontonan.

Terdahulu, barisan selebriti seperti Misha  Omar, Adibah Noor, Noorkhiriah dan Hafiz Shuip turut dijemput sebagai penyampai berita untuk program berkenaan.

Video : Instagram CTDK

IKLAN