[VIDEO] “Kalau Macam Ni Cantik Bergaduh, Bertumbuk Pun Tak Kisah,”- Comelnya Fazura ‘Gaduh’ Di Los Angeles

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin yang dikatakan secocok dan sentiasa tampak romatis bersama.

Baru-baru ini, Fattah ada memuat naik sekeping beberapa keping gambar dan rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu kini berada di kota Los Angeles, California.

Menghiburkan, apabila Fattah telah berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat Fazura yang sedang bergaduh ketika membeli-belah di dalam sebuah pasaraya di Los Angeles.

“And the argument has begun..at the store. @missfazura@meiaisyah @khemeross@xeliciousxass”tulisnya. 

Lantas, perkongsian oleh pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat berasa terhibur apabila melihat rakaman video berkenaan. 

 

Untuk rekod, Fazura telah mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017.

Video : Instagram Fattah Amin

IKLAN