Wow, hebat! Itu yang boleh kami katakan apabila menonton satu video klip di Youtube. Pada mulanya MH ingatkan video klip ini merupakan hasil air tangan penyanyi antarabangsa. Tak sangka rupa-rupanya ia merupakan video klip single terbaru penyanyi rap popular tanah air, Joe Flizzow!

Nampaknya, setelah agak lama tidak mengeluarkan karya baru, Joe tampil dengan lagu baru yang lebih segar. Dilihat juga video itu bersifat lebih terbuka dan mungkin ia dibuat untuk menembusi pasaran antarabangsa?

Bagaimanapun, video klip Drop ini berhadapan dengan kritikan netizen yang agak hebat apabila menampilkan wanita berbikini.

Malah ada juga yang merasakan video tersebut tidak sesuai dengan agama Islam walaupun berniat untuk menembusi antarabangsa serta tidak sesuai untuk ditonton untuk kanak-kanak di bawah umur.

IKLAN

Rata-rata berkata Joe tidak perlu menampilkan wanita berbikini untuk berkarya. Dengan bakat yang ada pada Joe sudah cukup membuktikan kebolehannya.

Video Joe Flizzow Dikecam Tampil Wanita Berbikini

IKLAN

Setakat ini, jumlah tontonannya sudah mencecah lebih 376,509 dan mendapat lebih dari 2556 komen setelah ia dilancarkan di YouTube pada 23 November yang lalu.

IKLAN

Dalam masa sama, ada juga yang memuji Joe dan menyukai lagu tersebut. Apapun, MH puji dengan hasil video tersebut. Dengan menampilkan tempat-tempat yang menarik di sekitar Phuket. Sangat menarik!

Jom #MHBelanjaVideo klip Drop!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI