Tersentuh pula MH lihat perkongsian Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned, suami kepada Nora Danish apabila berkongsi perkembangan terkini tentang anaknya Dre.
Mana tidaknya, hari ini merupakan hari paling bahagia buat Nedim dan pasangannya kerana setelah hampir 5 bulan tidak berjumpa, akhirnya Nedim berkesempatan berjumpa dengan anak kesayangannya itu!
Dre kelihatan sungguh ceria dan gembira berlari ke arah Nedim dan segera memeluknya.
Malah perkongsian Nedim di ruangan kapsyen juga sangat menyentuh hati apabila dia berkongsi gambar menahan sebak mendengar berita gembira anaknya itu akan pulang ke rumahnya.
Nedim turut memberitahu dia tidak pernah putus harapan dan sentiasa berharap kepada Allah.
“When I received “the”call from my BG ,informing me that my son Dre was already in the car otw home to me , my reaction was Allahuakhbar & Alhamdulillah,I never once lost my faith and hope in Allah, through my pain of 5 month , Allah was always there to guide me ❤️ #syukuralhamdulillah”
Berita gembira ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah rakan-rakan artis turut meluahkan rasa senang hati melihat akhirnya impian Nedim bertemu dengan anaknya tercapai.
Nedim dan ahli keluarganya bersungguh-sungguh mengadakan parti BBQ seperti yang dijanjikan Nedim suatu masa dahulu untuk menyambut ulang tahun anaknya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI