[VIDEO] “Jaga Sikit Status Bini & Mak Orang” – Sakan Menarik TikTok, Netizen Minta Bella Astillah Berubah

Share

Bagai tidak putus-putus netizen ‘membawang’ mengenai isteri Aliff Aziz, Bella Astillah baik dari segi pemakaiannya mahupun caranya ketika beraksi di depan kamera. 

Terbaru, Bella telah memuat naik sepotong video di Instagram yang memaparkan dia asyik bergelek diiringi muzik Korea menerusi aplikasi TikTok. 

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat teguran netizen kerana menganggap ia tidak sesuai dengan status Bella sebagai isteri. 

Apatah lagi, Bella juga bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.

Bella sebelum ini pernah ditegur netizen mengenai beberapa video yang pernah dikongsikan.

Bagaimanapun, bintang itu mengambil pendirian untuk tidak memberikan komen yang dilemparkan netizen. 

Video : IG Bella Astilla

IKLAN