Demi semangat dan cintakan tempat kelahiran sendiri, pelakon dan penyanyi Izzue Islam telah merakam lagu My City versi Inggeris.

Malah lagu berkenaan juga sudah pun mempunyai muzik video sendiri sebagai promosi.

Izzue yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu juga ada berkongsi sedutan video berkenaan di akaun Instagramnya.

“Antara tempat tumpuan pelancong atau sesiapa yg datang bercuti di Kelantan ialah Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah & Bazar Buluh Kubu. Sebab kat sana boleh shopping mcm2 dengan harga yang murah tapi kualiti tiptop.

Kalau nak mandi manda boleh pergi Pantai Irama, bachok or Pantai Cahaya Bulan (PCB). Kalau nak feel air terjun boleh ke Jeram Pasu atau Jeram Linang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lirik dan lagu tersebut adalah hasil ciptaan IIan dan mengisahkan tempat pelacangon menarik yang terdapat di negeri Kelantan.

IKLAN

Rata-rata netizen terhibur dengan lagu tersebut dan meninggalkan komen dalam runagan video tersebut.

[VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain! [VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain!

[VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain! [VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain!

IKLAN

[VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain! [VIDEO] Izzue Islam Buat Lagu Inggeris Mengenai Negeri Kelantan, Lain Dari Lain!

MH belanja video penuh lagu My City yang baru sahaja dimuatnaik di Youtube dua hari lepas yang kini mendapat hampir 4,000 tontonan.

Katanya kepada MH, dia sengaja mahu nyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris demi promosi, selain mahu kembangkan informasi kepada orang luar.

IKLAN

“Memang awalnnya saya rancang untuk nyanyikan ia dalam Bahasa Melayu saja. Namun bila difikirkan balik, ada baiknya juga kalau nyanyi lagi ‘bahasa orang putih’.

“Boleh juga ia dikembangkan mengenai lokasi menarik di negeri Kelantan kepada orang luar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Izzue aktif bertanding dalam Super Spontan Xtravaganza (SSX) yang bersiaran setiap hari Jumaat di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Video : Instagram Izzue Islam, Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI