Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Hitam Pun Handsome Juga!,”- Nazim Othman Semakin Gelap Sebab Shooting Tengah Panas, Peminat OK Jer!

Share

Bukan senang mahu menjadi seorang pelakon kerana mereka terikat dengan jadual yang padat dan masa yang tidak menentu untuk beristirehat.

Begitulah yang dialami pelakon Nazim Othman apabila dia telah berkongsi sepotong video mengenai perubahan warna kulitnya akibat ‘berjemur’ di bawah cahaya matahari ketika melakukan sebuah pengambaran.

“U masih sayang ke I dah rentung camni? Jujurlah bae,” tulisnya. 

Namun, gambar tersebut telah mendapat pujian dari netizen yang menganggap bekas pramugara itu masih lagi kelihatan kacak.

Dalam perkembangan lain, Nazim kini sedang menjalani pengambaran bagi sebuah drama Mr Ferrari Vs Miss  Lamborgini gandingan bersama Aprena Manrose, Reen Rahim dan Daler Yusuf.

Foto : Intagram Nazim Othman

 

IKLAN