[VIDEO] Hari Tu Tok Ti, Kini Aaisyah Dhia Rana Beri Ucapan Hari Jadi Buat Erra Fazira Pula, Petah Sungguh!

Share

Pelakon Erra Fazira telah menyambut hari kelahirannya yang ke 45 pada 9 Februari yang lepas. 

Anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana atau gemar dikenali sebagai Aaisyah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya berserta ucapan hari jadi kepada Erra Fazira. 

“Assalamualaikum Erra Fazira, happy birthday to you, muah” kata si comel itu. 

Lantas, melihat kecomelan Aaisyah itu telah menarik perhatian netizen untuk memuji kecomelan dan kepandaian Aaisyah. 

Alahai, comel sungguh Aaisyah ni, petah bercakap dan bijak! Semoga Aaisyah menjadi anak yang solehah. 

Untuk rekod, Aaisyah merupakan anak ketiga Rozita Che Wan hasil perkahwinan bersama suaminya, Zain Saidin. Aaisyah kini berusia 5 tahun. 

Video : Instagram Aaisyah Dhia Rana 

IKLAN