Uncategorized

[VIDEO] “Harap Tiada Siapa Berjoget Buat Benda Ni Masa Pergi Solat Jumaat,”- PU Amin Beri Sindiran Pedas Isu Keke Challenge

Share

Dua tiga hari ini memang ramai membuat cabaran menari di luar kereta yang bergerak atau lebih dikenali sebagai kiki challenge.

Malah, beberapa selebriti popular juga turut sama ‘terjebak’ melakukan cabaran ini mengikut kreativiti masing-masing. Memang tidak kering gusi dibuatnya.

Bagaimanapun, perkara ini mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah, Amin yang menegur mengatakan bahawa ia satu trend yang ‘merepek’.

Katanya, ia satu trend yang merosakkan nilai moral orang melayu Islam.

“Bukan saja saja aku berani nak cakap benda ni, bila aku tegur ramai kecam balik, tapi ini satu trend yang menjahanamkan nilai moral orang melayu Islam.

“Aku masih belum nampak orang bukan melayu bukan islam buat benda ni. Kalau ada mungkin tak banyak nak dibandingkan.

“Aku minta maaf banyak banyak kalau ramai marah, ramai kata ketinggalan zaman. Hari ni hari Jumaat, harap-harap tiada siapa yang berjoget buat benda ni masa on the way pergi solat Jumaat.

“Sebab kejap lagi aku baca khutbah dekat Masjid Ar Raihan Kajang , aku nak cerita pasal Kiki dan Transsss . Masa khutbah jangan buat story pulak.

“Mohon yang komen yang komen mengutuk, jangan tag nama sesiapa , jangan kutuk siapa- siapa. Kita saling beringat mungkin yang buat itu terleka dan terlepas pandang,” tulisnya di Instagram.

Jadi, tepuklah dada tanya selera.

Foto: Instagram PU Amin

IKLAN