Dua tiga hari ini memang ramai membuat cabaran menari di luar kereta yang bergerak atau lebih dikenali sebagai kiki challenge.

Malah, beberapa selebriti popular juga turut sama ‘terjebak’ melakukan cabaran ini mengikut kreativiti masing-masing. Memang tidak kering gusi dibuatnya.

Bagaimanapun, perkara ini mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah, Amin yang menegur mengatakan bahawa ia satu trend yang ‘merepek’.

IKLAN

Katanya, ia satu trend yang merosakkan nilai moral orang melayu Islam.

IKLAN

“Bukan saja saja aku berani nak cakap benda ni, bila aku tegur ramai kecam balik, tapi ini satu trend yang menjahanamkan nilai moral orang melayu Islam.

“Aku masih belum nampak orang bukan melayu bukan islam buat benda ni. Kalau ada mungkin tak banyak nak dibandingkan.

“Aku minta maaf banyak banyak kalau ramai marah, ramai kata ketinggalan zaman. Hari ni hari Jumaat, harap-harap tiada siapa yang berjoget buat benda ni masa on the way pergi solat Jumaat.

“Sebab kejap lagi aku baca khutbah dekat Masjid Ar Raihan Kajang , aku nak cerita pasal Kiki dan Transsss . Masa khutbah jangan buat story pulak.

“Mohon yang komen yang komen mengutuk, jangan tag nama sesiapa , jangan kutuk siapa- siapa. Kita saling beringat mungkin yang buat itu terleka dan terlepas pandang,” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

Bukan saja saja aku berani nak cakap benda ni , bila aku tegur ramai kecam balik , tapi ini satu trend yang menjahanamkan nilai moral orang melayu islam . Aku masih belum nampak orang bukan melayu bukan islam buat benda ni . Kalau ada mungkin tak banyak nak dibandingkan.. . Aku minta maaf banyak banyak kalau ramai marah , ramai kata ketinggalan zaman . Hari ni hari JUMAAT , harap harap tiada siapa yang berjoget buat benda ni masa OTW pergi Solat Jumaat sebab kejap lagi aku baca khutbah dekat Masjid Ar Raihan Kajang , aku nak cerita pasal Kiki dan Transsss . Masa khutbah jangan buat story pulak ?.. . Mohon yang komen yang komen mengutuk , jangan tag nama sesiapa , jangan kutuk siapa siapa . Kita saling beringat mungkin yang buat itu terleka dan terlepas pandang .. #stopkikichallenge #stopkikichallenge #stopkikichallenge #stopkikichallenge

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

IKLAN

Jadi, tepuklah dada tanya selera.

Foto: Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI