Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Happy Holiday Aafiyah,”- DS Siti Nurhaliza Dan Suami Bawa Anak Ke Jepun, Bestnya!

Share

Mahu menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid telah ‘terbang’ untuk menikmati percutian ke Jepun.

Menariknya, ini merupakan percutian pertama si pipi merah, Siti Aafiyah melancong ke negara ‘matahari terbit’ itu yang telah berangkat pagi tadi.

Momen indah tersebut telah dikongsikan Tokti menerusi akaun Instagramnya.

Video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan yang memaparkan TokTi sekeluarga selesa berada di dalam pesawat.

Susulan itu, netizen turut berasa gembira di atas percutian keluarga bahagia itu dan meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Dalam perkembangan lain, TokTi kini juga sedang menjalani sebuah pengambaran Asean Music Festival yang digandingkan bersama Taufik Batisah (Indonesia) dan Andien Aisyah (Singapura).

Bak kata pepatah, sambil menyalam minum air. Beruntungnya Aafiyah, baru tujuh bulan dah dapat melancong ke Jepun!

Pastinya, percutian TokTi sekeluarga menjadi satu kenangan manis apatah lagi ini merupakan percutian pertama bersama Si Pipi Merah yang comel!

IKLAN