Uncategorized

[VIDEO] Gelek Dangdut Macam Gaya ‘Tolak Troli’ Di GV5, Hetty Sarlene Sahut Cabaran Jihan Muse, Luculah!

Share

Gegaran muzik dangdut di Gegar Vaganza 5 (GV5) yang dipersembahkan bintang Hetty Sarlene minggu lalu mendapat tepukan paling gemuruh.

Tarian gelek Hetty menerusi lagu asal Amelina berjudul Ah Rindu itu kini mulai viral.

Masakan tidak, lawak spontan Jihan selaku hos telah mencuit hati penonton apabila mengatakan tarian gelek penyanyi Singapura bagaikan ‘menolak troli’.

Tidak cepat melatah, Hetty telah menyahut cabaran Jihan dan memuat naik sepotong video di Instagramnya.

“Viral dangdut troli…. kite viral kan Lagi? Hahaha thank you @jihanmuse lawak Lah awak.

 

Nie I kasikan #dangduttrolley kat KLIA tadi,” tulisnya.

Video tersebut membuatkan ramai terhibur seterusnya meninggalkan pendapat masing-masing menerusi ruangan komen tersebut.

Aduhai! Ada sahaja lawak yang mencuit hati dari Jihan setiap minggu kan? Terhiburlah!

Video : IG Hetty Sarlene

IKLAN