[VIDEO] Gaya Mewah DSV Ajar Cik B Masak, Pakai Mangkuk Versace

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut telah memaparkan DSV sedang mengajar anaknya, Cik B memasak kuih cakoi di dapur.

Bukan itu sahaja, malah kelihatan anak-beranak ini memasak didapur sambil menggunakan mangkuk mewah jenama Versace.

“Cakoi KETAGIH by DSV,” tulis penyanyi I Am Me lagi.

Oleh itu, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat.

Dalam pada itu, peminat juga memuji cara DSV dalam mendidik anak-anaknya.

Bukan main seronok lagi DSV dan Cik B memasak didapur! Terhibur lihat gelagat mereka yang menghiburkan!

Video : Instagram DSV

IKLAN